Tuesday, May 4, 2010

Topeng Perak memang gabang.

Wa sebenarnya malas nak ulas lagi isu 4 Juta. Ini kerja 4juta kerja bodoh yang memang wa tak pernah setuju dari dulu. Nasib baik puak IT pas Kelantan pertahankan Kelantan TV kalau tidak semuanya dah lingkup dan hancur bersama GMC.



Wa malas nak tulis, tapi bila wa tengok yang bodoh, yang tak de maklumat konon-konon ada maklumat , siap tulis maklumat soheh yang didapat dari pemilik dan di maklumkan di JKR 10. Wa rasa geli pun ada sebab wa tahu itu maklumat salah. Walaupun dari sesiapa sekali pun wa rasa kalau yang salah tetap salah.



Poji @ Topeng Perak @ TPU lu sudah silap, lu kena kencing, lu tak mau caya sama Nik Amar, lu mau caya sama Stopa ali, why? kalau lu tak mau terima kenyataan stopa ali wa boleh terima, sebab lu sendiri memang tak iktiraf pun dia SUA Pas. Lu kutuk stopa ali. Macamana pula dengan kenyataan Nik Amar? itu exco kanan ma, itu TPJ Ma...lu kena kencing ma.

Lu perna pergi pejabat GMC? lu pernah lepak sana? lu kena kencing ! lu kena kencing belari....

Poji lu marah pada Idris Ahmad sebab lu kata Idris Ahmad tak ada maklumat sebenar. Lu yang tak tahu, wa yakin 100% Idris Ahmad tahu yang memang PAS tak terlibat, wa yakin Idris Ahmad sangat tahu Kerajaan Kelantan tak terlibat dengan GMC dan 4 Juta.

Ini kerja dalam gelap ma, kerja buat pandai-pandai. Lebih sudu dari kuah. Akibatnya bila tersempit nak kaitkan dengan PAS. Beberapa kerat individu yang disebut oleh Kick yang terlibat guna JKR10 untuk bincang projek ni. Serupa la dengan guna JKR 10 untuk kalahkan Ustaz Nasa , lu tau ke? Lu patut tanya sama orang yang kasi tau sama lu tu, mana dapat duit 4 Juta? siapa kasi ? Umno Kasi ke? En Tan kasi ke?

Sebab tu Idris Ahmad minta kick supaya buat lapuran SPRM, bukannya SPRM yang siasat dia, lu tak faham ..tahap iq politik lu rendah. lu fikir apa yang lu nampak pada 1 layer tapi lu tak nampak bawah sana masih ada 3-4 layer ma.

Deris Ahmad sudah kira buat kerja bagus selaku ketua penerangan. Lu lihat la, di mau jaga Pas, dia tak mahu orang yang salah buat kerja dalam gelap tapi bila sudah tersempit nak kaitkan dengan Pas. Lu nampak ke? itu baru layer 2.

Macamana mau kata itu GMC projek pas, kertas cadangan bukan masuk ikut lujnah Penerangan atau jabatan IT Pas Kelantan. Lu pasti ke ada kelulusan dari Lujnah Penerangan atau IT Kelantan. Kerat 10 la, wa yakin tak ada dan memang tak ada kecuali kerja mamat-mamat 3@2 orang . Wa juga yakin ini kerja tak masuk saluran exco penerangan atau exco teknologi maklumat, wa tau memang tak masuk. Tanpa kelulusan badan perhubungan pas kelantan, macamana mau kata ini projek pas kelantan. Tanpa kelulusan exco lu mau bilang ini projek kerajaan negeri ke? Lu tanya lah , ini kerja gila. 4 juta lu ingat sikit ke?

Poji lu tau 10% jangan buat tahu 98%, sebab nanti orang sangat tahu lu memang tak tahu dan lu tambah-tambah. Lagi lah yang lu tahu tu pulak bukan betul pun.

Kalau dulu lu punya geng 13 bilang tegur kerana sayang jamaah, lu dedah kerana sayang pimpinan sepatutnya ini time pun lu kena jujur. Lu kena tegur siapa yang buat kerja dalam gelap dan guna duit secara gelap, 4 juta ma...lu ingat sedikit ke? silap silap duit tu juga lah yang diagih-agih di Perak, di Melaka dan di Johor. Yang pelik di Serawak yang minta duit tak diagihkan pulak.

Dalam kes GMC dan 4 Juta , wa nampak jelas lu memang hati jahat, lu punya hati busuk, lu mau kutuk idris ahmad kerana lu mau pertahankan benda salah. Wa nak ingatkan lu, kalau tak ada benda benar yang nak ditulis lebih baik lu biarkan blog lu kosong.

Wa mau bilang sama lu, Bilik Gerakan Pemuda PAS Kelantan masa pru 12 lu tau ke kat mana? kenapa begitu? lu kena tanya semua tu, lu tanya banyak lagi, lu kena hati-hati supaya lu tak kena kencing dan bila dah kena kencing lu punya tulisan pun bau hacing. Wa nak nasihat sama lu, lepas ni lu tak usah nak cerita lah pasal GMC, sebab lu tak tau..tak pasal-pasal pulak wa mau tangkap penyamun kick & the gangs tertangkap lu [ lu penyamun ke] ok wa stop dulu, nanti lu nakal lagi nakal kalu, wa akan tunjukkan pada lu siapa itu, dimana itu, kenapaitu.
Poji lu pun kena makan ubat sebab lu pun dah tahap gabang.!!!!

1 comment :

  1. Islam adalah agama rahmat sekian alam. Islam memperkenalkan sistem yang ada dalam kehidupan menjamin kesejahteraan, keadilan dan keberkatan dari Allah s.w.t. Dalam Bank Konvensional, kita tidak boleh lari daripada pengaruh riba, judi dan gharar. Terdapat juga unsur penindasan yg ditentang oleh Islam. Maka dengan sistem islam iaitu Perbankan Islam, Islam membersihkan semua kejahatan, penindasan dan perkara yg haram dalam perbankan.Begitu juga dgn sistem islam yg lain seperti Insuran Islam(takaful), kewangan islam, undang-undang islam ,pajak gadai islam (arrahnu) dan sebagainya, islam akan membuang segala bentuk kezaliman, penindasan, kekotoran dan yg haram menjadikan ianya halal. Orang bukan Islam di juga mengakui kebaikan amalan sistem islam, faktanya lebih 50%-60% pelanggan di Bank Islam dan Rajhi Bank adalah daripada bukan islam. Ahli politik drp pemimpim UMNO sendiri juga mengiktiraf keberkesanan dan kebaikan Bank Islam dan juga mengiktiraf penggunaan dinar emas sebagai mata wang yg disarankan oleh ulamak sejak sekian lama.Tetapi apabila ditanya kpd para pemimpin UMNO tentang politik, yg mana sistem lebih baik samada politik islam atau kebangsaan? Sudah tentu orang UMNO akan menjawab politik kebangsaan lebih baik berbanding dgn politik islam. Antara hujahnya ialah orang UMNO mengganggap islam adalah agama suci, bersih dan mulia.Mana boleh campurkan islam ke dalam politik yg penuh dengan rasuah, kekotoran, kekejian dan jijik yg boleh mencemarkan kesucian islam itu sendiri.Tokoh PAS, Tok Guru Nik Aziz menjawab hujah yg diberikan oleh pemimpin UMNO dengan berkata “ Kalau mu kata dalam politik ni rasuah, kotor,jijik dan sebagainya maka islam ni mari bersihkan dan buangkan segala semua kekotoran yg mu katakan tu. Jadi jangan nak cakap dan pegang bahawa “politik suku dan agama suku”. Orang yg mengasingkan agama dengan politik ni Cuma orang jahil dan sekular sahaja, boleh merosakan akidah kita sebagai islam juga”. Tidak kira PAS @ UMNO, kita wajib percaya akan rukun iman salah satu drpnya ialah beriman pada hari akhirat. Pada masa itu nanti tidak kira arab, melayu ,cina, batak,india atau bangsa lain sebenarnya tidak ada nilai disisi Allah. Cuma Islam yang dapat bantu kita pada masa itu.Cuba tanya diri kita, Adakah islam yg menjadi “cara hidup” kita selama ini?Atau masa hidup didunia ni adakah kita cuma beramal dengan islam suku-suku je dan tertentu sahaja, ambil yg separuh-separuh sahaja ataupun kita islam sebab kita ni melayu. Saya nak ingatkan sekali disini kita melayu tidak semestinya selamat diakhirat tetapi jadilah melayu islam yang menerima islam secara keseluruhanya dalam cara hidup kita. Jangan jadi pak turut manusia, jadilah pak turut nabi Muhammad s.a.w.. Ikuti apa Nabi ajar dan al Quran dan sunnah sebagai pengangan, insyaAllah selamat dunia dan akhirat. Jadi pada pandangan saya,baik ikut sahaja nasihat Nik Aziz tukar dasar melayu kepada Islam. Dasar politik melayu hanya dapat diterima oleh kaum melayu sahaja tetapi dasar politik islam diterima oleh semua kaum.Jgn kita “belajar tinggi-tinggi, tetapi bodoh bertingkat-tingkat”. Yang jahil boleh belajar tetapi jangan jadi spesis bodoh sombong.Dalam al Quran dan juga hadis spesis bodoh sombong banyak merujuk kepada kaum Yahudi. Jangan kita jadi macam puak Yahudi yg begitu taksub dengan kaum mereka sehingga tidak mahu mengaku akan kebenaran islam dan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.Jika kita mengangkat dasar kebangsaan lebih tinggi daripada dasar islam, pada pendapat saya tiada bezanya kita dengan puak dan bangsa Yahudi. Seperti saya cakapkan pada permulaan, islam agama rahmat bagi sekelian alam bukan melayu atau arab.

    ReplyDelete