Thursday, February 18, 2010

BLOGGER ALHUSSEYN51: CONTOH PAK PANDIRISME?

Setiap pimpinan ada jasanya pada PAS. Semua orang bergelar ahli atau simpatis ada jasa pada PAS.

Ir Khalid Samad dari tahun 1980an sehingga sekarang berjasa pada PAS. Dato Husam Musa sebagai EXCO lagi banyak berjasa pada PAS. Begitu juga para blogger seperti alhusseyn51 atau GB. Jasa mereka sangat banyak dan tidak dapat dinafikan.

Saya tidak risau dengan aduan Tulang Besi. Dia ada bukti dan fakta. Yang bersalah tetap bersalah, tak kira sama ada dia Timbalan Presiden, PJ atau para tuan guru dalam PAS. Cuma saya risau kita tak hormat pimpinan dan menggunakan pendekatan yang salah.

Adakah kita nak glamour atau nama kita disebut orang?. Saya tak tahu apa tujuan tulisan alhuseyn51. Nak pahala atau dosa. Nak menyatupadukan parti atau nak pecahkan parti?. Berfaedah atau tidak?

Kalau nak ikut anti, saya pun anti dengan UG. Jika ada UG, saya tak pangkah PAS dah. Bahkan idea bersatu dalam PR pun saya tidak setuju, tapi saya pangkah PAS. Anwar PKR pun saya tidak setuju berbanding Anwar ABIM, saya tetap sokong PR.

Bagi saya, blogger tahap ‘menatang’ ini mengalami fenomena pandirisme. Rasa diri lebih hebat, pandai, berkemampuan. Tapi sebaliknya. Akibat rasa gah dan ego pada diri, Pak Pandir memperbodohkan diri sendiri.

Selidik betul2 dan jangan menfitnah. Tak perlu menghina.

Kita melihat betapa hina blogger yang konon menyayangi TGNA dan menyokong EGM akhirnya menghentam TGNA dan menantu. adakah kamu mengamal kasih sayang terhadap pimpinan?.. Kamu nak nafsu kamu yang disangka betul sahaja. Lihat kebijaksanaan TGNA, akhir Arif pergi jua. Ni tidak, blogger tahap ‘menatang’ berlebihan mengkritik..tak ikut prosedur..

Perindu syahid dah senyap, kickdefella tidak terlayan, al Bakistani-insaf tak insaf, bongkar sauh masih nak tunjuk hero. GB, alhusseyn51 dan beberapa kerat lagi masih memandirkan diri.

Bila nasihat... kamu pro UG. Pro TGHH. Pro muzakarah.. Nasihat ini datang orang anti bersatu dengan UMNO dan pro Islam serta menghormati tuan guru dan ulama.

Wahai pak pandir sekalian, Imam Hasan al hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwan seperti Sayyid Sabiq, Muhammad al Ghazali; ‘mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama. Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi’.

Akurlah bahawa Presiden pilihan muktamar. Muktmar Kuasa tertinggi dalam parti. Jika tak puas hati sila lawan dalam muktamar pemilihan. Jika kalian kalah, akur. Tak nak akur, sila keluar parti atau berehat sementara...

jangan jadi pak pandir.... "

Tuesday, February 9, 2010

Aduka Taruna Bertaubat di Masjid Rusila



Bila wa baca satu en3 kat blog kak ctkays di penawarrinduku, tajuk en3 bersiri tu Siti Faridah Bertaubat di Masjid Rusila. gwa mari satu idea untuk terbitkan sebuah lagi buku kisah seorang manusia yang akan bertaubat di Masjid Rusila.

Projek buku ni bukan nak langgar siapa-siapa kecuali nak langgar umno. wa tak mau cetak banyak-banyak, cukup seribu dua je.


Buku ini kalau jadi nanti wa akan lancarkan di Seremban atau di Pasir Mas Kelantan. Kenapa wa pilih tempet tersebut ? mesti ada sebab. Kenapa wa tak lancar di Rusila? woi banyak jauh dari rumah wa...siapa mahu tanggung kos wa nak ke Rusila. Kecuali kalau TKO nak bagi peruntukkan untuk duka langgar Hadi tu pada wa, wa boleh lancar buku wa atas pentas Rusila. Wa mesti panggil Ust. Nasa dan Datok Husam kasi rasmi buku wa.. Wa rindu sebab lama tak nampak mereka di satu pentas. lu doakan moga wa punya projek boleh on.
Kepada akak ctkay's blogger penawarrinduku sorry wa mohon sebab ciplak lu punya kulit buku, lu jangan saman gua, kalau untung wa kasi royalti. Wa tak sezalim kerajaan BN yang hanya bagi wang ihsan untuk Kelnatn.


Sunday, February 7, 2010

Dulu ketiak hangit, sekarang dah wangi ke?

Bhai, dulu teaw sama umno kow-kow, lu balung kaw-kaw.

Umno jahat ye memang jahat, umno zalim ye memang zalim.

Semua ada yang takbaik pada umno.

Dulu lu orang cakap jangan dekati umno dengan apa tujuan sekalipiun.

Sekarang bila tok guru ajak bincang sama umno bab Agama lu orang mau belit-belit boleh terima, sebab pertemuan ini lain, tidak macam yang puak UG dulu.

lu buat macam2 alasan sebab lu mau sokong sebab datang dari tgna. Lu kata ini semua bagus, ajak bincang pasal agama.

Lu kena ingat semua amalan msti dengan niat kerana Allah, kalau niat seleweng amalan jadi kosong , jiwa jadi sesat.

Gwa bukan apa, nak peringatkan pada lu , lu kena sedar sebab lu semua blogger gila, bolgger mabuk air sejuk, dulu lu maki sama umno, ketiak hangit, busuk....tapi sekarang lu panggil dia mau cium itu ketiak hangit umno, woiii bhai blogger gila , lu tergamak ke cium dan jilat ketiak hanguit umno tu???? sendiri mau fikit maaaa....

Dulu ketiak hangit, sekarang dah wangi ke?

Friday, February 5, 2010

Gilakah JK Disiplin

Ramai orang gila dan bodoh serta tak faham.
gwa ingat keputusan sepatutnya kedua - dua tu bukan setakat gantung atau warning, tapi baik pecat terus. Kalau betul mereka sayang jamaah mereka buat rayuan, kalau tak sayang Jamaah biar terus duduk luar. PAS tak perlu fikir pasal kerusi. Sejarah sudah ada, pas pernah pecat ahli parlimen kerana akhlak yang bercanggah dengan Islam.

kenapa lu orang tak faham, lu punya otak taruk mana?
Lu kena faham betul-betul gwa tulis:

Dengan PR PAS adalah membuat ikatan tahaluf siasi, sedangkan dengan PAS itu sendiri kita adalah ahli. Lu Faham? Lu kena faham antara tahaluf siasi dengan parti lain dan ketaatan kepada jamaah sendiri. Lu ada faham? senang cerita lu mesti utamakan Jamaah lu, disamping itu lu kena ada ikatan dengan tahaluf siasi.
Faham? kalau tak faham juga, lu memang jenis "sakit" ma.....

lagi satu gwa harap lain kali JK disiplin pas kena dianggotai oleh blogger baru ada kelasss...lu setuju???
...ah ....aku peduli ?

Jalan berliku atau Anda sudah gila


Monday, February 1, 2010

Tulang Besi pentingkan dendam Peribadi


Dendam dalam bahasa Arab di sebut hiqid, ialah "Mengandung permusuhan didalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskan dendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hati dengan mencelakakan orang yang di dendami". Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pema 'af. Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mata seseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa yang sehat, bebas dari rasa kebingungan dan bebas dari rasa dendam yang senantiasa menggoda manusia.
Tulang besi @ Rahman Talib ada kepentingan peribadi bila tak habis-habis tak puashati dengan apajua yang datang dari PAS Pusat, terutama yang berkaitan dengan Dr Hasan Ali.

Kalau lu jujur, kalau lu tak dendam lu sabarlah, Hasan dah kena warning, Khalid kena tahan 6 bulan, kalau rayu-rayu mungkin tinggal 3 bulan. Lu duk luar sana -sana tak habis.

Lu punya hati kotor, lu kerja cawangan, kerja upu , kerja dun kerja Kawasan mana ada...lu duduk Jakarta mana ada program parti, jadi duduklah sana sambil bantu perkukuhkan PAS Selangor, bukannya dok hentam sana-hentam sini....

Lu tak puashati dengan Hasan sebab itu jawatan CEO dulu, walaupun lu mungkin kata tak, tapi persepsi orang ramai dah jadi mcmtu. Jadi dengki lu, dendam lu sama Hasan kerana CEO.....kan ke fitnah tu......benda akan jadi fitnah. Lu kena sabar, lu kena tenang.

Wa bukan mau hina sama lu, tapi bila punya agenda peribadi, wa rasa mau lawan peribadi sama lu.....Lu dapat anak sorang, jagalah anak tu baik-baik. Wa tau bertapa sukar dan susahnya lu nak dapatkan anak tu.....