Friday, June 14, 2013

TUDUHAN JAHAT KEPADA MAJLIS SYURA ULAMA PAS

Antara fitnah yang melanda institusi Syura dan Ulama' di dalam PAS hari ini ialah tuduhan mengatakan Ulama' ingin membawa PAS masuk ke dalam UMNO kerana inginkan jawatan. Ia langsung tidak berasas kerana kalau mahukan kuasa dan jawatan, sudah lama mereka menyertai UMNO kerana UMNO sentiasa mengumpan wang ringgit dan jawatan kerajaan jika para Ulama' PAS menyertai UMNO. Sejarah politik negara sudah menyaksikan Ulama' yang memberi sokongan kepada UMNO menerima habuan dunia. Ada yang boleh dibeli dengan hanya RM 2 juta dan ada juga yg mendapat jawatan selesa bergaji besar di dalam kerajaan. Tergamak segelintir macai ular daun yang kononnya menyokong PAS sanggup menyebarkan fitnah kononnya Alim Ulama' PAS ingin bersama UMNO hanya kerana ingin merebut jawatan dgn menjatuhkan Ulama'. Fitnah ini disebarkan menjelang pemilihan PAS tidak lain tidak bukan dengan tujuan untuk menjatuhkan Kepimpinan Ulama' PAS.

Kegagalan JPPP dalam PRU 13.

Ramai yang timbulkan isu kegagalan PAS mengeklkan Kedah adalah salah Presiden PAS. Apa semua kelemahan Pas adalah kelemahan presiden?

Bukanlah Presiden tidak membuat salah, beliau manusia biasa tapi amat tidak baik dan jahat bila meletakkan keslemahan itu dibahu beliau.

Kena sedar dan faham Pas bekerja secara kolektif, presiden ada timbalan, ada naib Presiden, ada ketua lajnah ada ketua Jabatan.

Dalam soal pilihanraya PAS JPP iaitu Jabatan Pilihanraya PAS Pusat. Ianya diketua oleh Dr Hatta Ramli. Beliaulah bertanggunjawab mengurus dan menyusun apa jua bentuk strategi dah usaha untuk menggerakan jentera Pilihanraya seluruh Malaysia.

Beliau lah sepatutnya merancang usaha bagi memastikan Pas menang disemua kerusi Parlimen yang ditandingi PAS, beliau ada pasukan yang bergerak juga secara kolektif dan professional.

Malangnya JPPP gagal bertindak dengan baik. Tidak banyak tugasan yang dirancang untuk memastikan Pas menyumbang banyak kerusi bagi menuju Putrajaya dalam PRU 13.

Sepatutnya bila kita sudah yakin mampu ke Putrajaya semestinya Dr Hatta ada indekator yang memancu kearah tersebut. Bukanya hanya menilai dengan kehadiran dihimpunan yang dianjurakan seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat atau Bersih. Beliau sendiri sepatutnya merasa bertanggujawab didalam hal ini. Kalau barang sudah yakin tentulah beliau sendiri tidak menumpang kemenagan di Negeri Kelantan, beliau sudah barang tentu kemabali ke Pengkalan sendiri di Perak, lihat Naib Presiden Haji Solahuddin Ayob beliau sendiri berani kembali ke Pengkalan dengan bertanding di Negeri asalnya Johor. Hatta sepatutnya bertanding di Perak, bila beliau sendiri bertanding di Kelantan sudah tentu beliau tidak yakin untuk mendapat sasaran kerusi Parlimen yang beliau rancang. Beiau terus dan tetap mempertahankan untuk terus bertanding di Kuala Krai, Kelantan.

Jadi sangat tidak manis dan biadaplah orang yang meletakkan kegagalan Pas dalam pilihanraya ke-13 ini 100% kelemahan Presiden. Kami bukan taksub sangat dengan presiden, tapi biarlah berhemah.

Oleh yang demikian Pas sewajarnya memilih seorang pemimpin yang betul betul mahir didalam gerakkerja Pilihanraya untuk memimpin JPPP selepas muktamar ke 59 nanti, kami melihat orang itu ialah Datuk Wan Rahim bekas MP Kota Baharu yang tewas di tangan Tengku Razaleigh di Parlimen Gua Musang dalam PRU 13 baru baru ini.

Monday, June 10, 2013

Bahaya Sosialis Terhadap Islam

Sosialisme" iaitu suatu ideologi yang dipopularkan oleh Karl Marx (1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi melakukan peperangan ideologi terhadap para paderi dan juga agama itu sendiri dengan menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical materialism, iaitu suatu scientific world outlook yang menentang sebarang kepercayaan terhadap kuasa ghaib.

Sosialisme yang masih menjadi teras anutan para pemuka golongan meragui hadis di Malaysia ini, kini dijadikan asas bagi mereka untuk melihat Islam ini seperti mana Kristian.

Kononnya telah wujudnya penindasan kelas lama terhadap kelas Muslim awam sebagaimana wujudnya golongan paderi yang menindas golongan Kristian awam. Mereka melihat Islam itu dari kerangka atau paradigma" sosialisme Barat.

Kalau awal 70-an dahulu di Malaysia pejuang sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian besar daripada golongan intelektual dan mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih mendapat tempat di kalangan masyarakat terpelajar. Diparahkan lagi dengan robohnya tembok Kremlin dan gelombang kapitalisme yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi semakin nazak bahkan jenama "sosialis" itu sendiri sudah tidak laku lagi.

Justeru untuk kembali menarik perhatian masyarakat dan memberikan nafas baru kepada para pendokongnya di samping untuk merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan intelektual dan profesional, maka mereka turut terjun menangani persoalan agama, yang sebelum ini dianggap "candu masyarakat", kononnya bermatlamatkan untuk mengembalikan kesucian agama Islam itu dari tangan kotor" para ulama.

Dasar utama sosialisme, yang menentang pemilikan harta kekayaan oleh golongan kapitalis sebagai lesen untuk menindas golongan pekerja
(J.M. Rroberts, History of the World, hal. 605), kini digerakkan ke alam agama di mana golongan ulama pula kononnya dilihat berperanan sebagai "kapitalis" dalam agama.

Hak untuk bercakap mengenai agama mestilah dibebaskan dari didominasikan oleh para ulama sahaja sebaliknya ia hendaklah dijadikan milik awam dalam masyarakat yang tiada kelas (classless society) . Lantaran itu, para ulama perlu ditentang dan digulingkan dari kedudukan mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza antara ulama dan massa.

Fahaman sosialisme anutan golongan meragui hadis ini yang juga memberi penekanan yang begitu kuat terhadap kebebasan (liberty) dan persamaan (equality), telah berjaya menarik minat sebahagian golongan intelektual wanita Islam yang sudah sekian lama berjuang atas nama "pembebasan wanita" (women’s liberations/mancipation) untuk turut serta bersama mereka.

Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke dalam "kandang" sosialisme golongan meragui hadis ini, telah memberikan platform bagi mereka untuk bersuara dengan lebih lantang lagi atas nama pembebasan dan persamaan hak wanita Islam, dan sekali gus bekerjasama memporak-perandakan kesucian, kemurnian dan keutuhan agama Islam. Golongan berlatarbelakangkan beginilah, yang mula ingin bercakap tentang Islam - bukan kerana cintakan Islam - tetapi kerana terpaksa ikut serta dalam arus kebangkitan Islam dengan masih mengekalkan kerangka atau "paradigma" sosialisme mereka. Namun malang kerana sosialisme usang tiada menyediakan apa-apa buat mereka tentang agama.

Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi mengisinya di dalam kerangka yang kosong dan lantas menemukannya dalam orientalisma. Ditambah lagi dengan tiada kemahiran bahasa Arab, maka para orientalis Barat dan akal merekalah yang menjadi rujukan dan sandaran utama mereka bagi memahami agama Islam, termasuklah memahami kedudukan dan autoriti hadis.

Sunday, June 9, 2013

Akhirnya PSM bukan ahli PR, tepatlah ijtihad Tuan Guru Presiden PAS.

Akhirnya PSM bukan ahli PR, tepatlah ijtihad Tuan Guru Presiden PAS.


Isu status PSM dalam PR amat mengelirukan sehingga muncul konflik kerusi Kota. Kini pimpinan PR telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Sosialis itu tidak termasuk dal...am komponen PR. Kini timbul persoalan:

1- Mengapa dibenarkan PSM bertanding atas tiket PR sedangkan ketika itu belum wujud konsensus jelas. Ibarat lakukan hubungan terlarang terlebih dahulu, kemudian baru fikir samada jadi nikah atau tidak.

2- Segala kekalutan berpunca dari hubungan gelap PKR dan PSM sehingga mengecewakan adik beradik lain (PAS & DAP) serta menggoncangkan keluarga PR. Ahli terus keliru apa status sebenar PSM dalam PR. Bahkan tidak sedikit pendukung PAS yang menjadi mangsa persepsi berikutan hubungan terlarang ini.

3- Kini telah diputuskan bahawa PSM bukan dari PR. Sedangkan kerusi Kota Damansara, PSM perolehi pada PRU 12 atas nama BA (kini PR). Sekarang semua tertanya2, apakah status Kota Damansara sebenarnya? Adakah ia merupakan anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang? Siapa sebenarnya yang berhak secara absah mengurus kebajikan rakyat di N39? Siapakah akan menguruskan pusat penyelaras Dun Kota Damansara?

4- Bagaimana pula nilai amanah pengundi Kota Damansara yang mengundi Dr. Nasir atas nama PR pada PRU 13 yang lepas? Tidakkah mereka rasa tertipu?

5- Ternyata ijtihad TG Presiden PAS amat tepat. Siapa yang berusaha menidakkan ijtihad tersebut secara taktikal ketika bertanding dulu? Isu watikah dan arahan TG Presiden PAS yang disorokkan. Seterusnya siapa yang ghairah menghukum TG Presiden PAS sebagai pengkhianat semata2 tindakan TG Presiden PAS memelihara kesatuan komponen PR?

6- Telah jelas kesalahan dan siapa buat salah, mahu berpeluk tubuh lagi?



Kini telah terjawab soal kesetiaan dan amanah. InsyaAllah PAS akan tetap berpegang dengan janji seterusnya memelihara pakatan ini agar tiada golongan2 tempelan yang mengambil kesempatan.



Ubat Gila versi 2013

Oleh kerana dunia semakin gila, kami akan kembali dengan versi pasca pru 13.....wahai orang orang gila bersedialah kamu untuk menerima ubat dari kami.

Ubat itu amat pahit, tapi terpaksa kena telan juga.