Tuesday, May 18, 2010

28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.

Jumaat 28 Mei 2010 wa akan langgar Rusila. Wa bawa sama isteri wa, tapi tinggalkan anak-anak wa pada neneknya.
Ini time masuk Rusila bukan urusan budak-budak ini urusan orang dewasa. Wa dah tekad, tidak boleh tidak wa mesti pergi. Wa kena pikul amanah ni, wa dah lama berjuang, wa jadi ahli Pas, wa bayar yuran tiap tiap tahun, wa dah dapat sijil 20 tahun lepas. Wa apa peduli apa nak jad, jadi lah.

Wa akan bertolak khamis malam, wa jangka sampai subuh di Rusila, wa mau solat subuh belakang Hadi, wa harap subuh pagi jumaat tu akan ada sujud sajadah, ini bukan solat subuh 3 rakaat ma, nanti lu yang pening yg tak pernah subuh Jumaat di Masjid fikir Orang Rusila solat subuh 3 Rakaat. Lu jangan gelak ini sudah berlaku lama dulu semasa ikut kempen PRK Batu Talam Pahang, bila group kupiah hijau naik solat subuh dan sujud sajadah ada makmun anak mukim tanya . apasal lu org solat subuh 3 rakaat, lu tau, wa gelak sampai menitis nitis airmata wa kelakar, lu tau rupa nya masjid tu memang pekat umno, sorry aa wa lupa nama masjid tu.Itu yang tarak solat subuh masjid, wa ingat kalau yang selalu mis solat subuh...sendiri mau fikir.


Wa lepas solat subuh nanti sarapan dan tunggu kuliah jumaat, wa juga janji dengan diri wa mau duduk depan-depan. Lepas tu juga wa mau tunggu solat jumaat. Sebab selepas jumaat akan tiba masa yang wa tunggu, wa nanti-nanti dah setahun wa sama rakan-rakan rancang. Saat lepas solat jumaat amat mendebarkan wa. Oh tak dapat gambarkan macamana peristiwa sepenting itu akan berjalan, wa harap sungguh-sungguh mereka yang selama ini berjanji untuk membuat persiapan dan memberi kerjasama sepenuhnya. Wa tak mau majlis bersejarah ini ada cacat, ada kecuh-kecuh. Wa harapnya terbaik dan lancar. Lu jangan buat hal nanti wa kasi pelempang.....

Selepas solat Jumaat wa akan bergerak bersama rombongan menuju ke Dewan banat MDQ, tepat pukul tiga majlis bersejarah itu akan dirasmikan, wa harap ada group AV akan buat rakaman, wa mau simpan vcd tersebut. Wa sendiri akan bawa handycam dan kamera DSLR yang wa punya.

Wa akan pastikan rombongan wa yang bertolak dari T. Malim akan dapat mengikuti majlis ini dengan sempurna.
Kerana pada hari itu berlangsungnya Ijtima' Guru Pasti Semalaysia di Masjid Rusila.
Selamat Berijtima' Kepada semua Guru Pasti Semalaysia. Wa bawa isteri wa sebab dia juga adalah guru pasti.


Sekian coretan wa. Bagi yang ada penyakit gila, wa nak pesan sekali lagi lu jangan lupa makan ubat.

Monday, May 10, 2010

Sebelum melangkah ke Putrajaya.

4 juta telah habis, usahakan sedang dilakukan sekarang untuk mengumpul 20 juta bagi mencapai cita-cita untuk menuju Putrajaya.

Maka berangan-anganlah para Mat Jenin untuk ke Putrajaya.Yang gilakan jawatan akan terbayang jawatan yang akan dimiliki, yang gila berniaga akan terbayanglah peluang-peluang perniagaan yang ditunggu selama ini.Pendek kata masing-masing akan menunggu dan mengharap Ghanimah rampasan perang.

Sebelum menuju Ke Putrajaya jangan habiskan duit Rm20 juta dulu, walaupun mungkin selepas ke Putrajaya akan datang pula beratus-ratus juta. kalau lah dengan wang kita mampu merobah dan merubah hati serta perasaan Manusia nescaya Allah akan memrintahkan manusia untuk berebut berebut mencari harta benda untuk tujuan itu.

Kalau lah duit 20 Juta itu mampu menuju Putra Jaya, apalah salahnya diambil sedikit untuk merubah dan merobah hati dan perasaan Ahli Parlimen Pasir Mas bersama kekal terus dengan PAS.

Kalau 20 juta itu mampu membuat apa saja, gunakan lah untuk mengawal hati hati ahli Parlimen yang melompat menyeberangi ke parti najis disana. Kerana apa ? nanti sudah cukup untuk berangkat ke Putrajaya sudah tiba masa dan ketika, ada pula yang tercicir lalu terlompat diperjalanan, seandainya rm20 juta masih boleh digunakan untuk membasni keciciran itu. Itu pun kalau dengan Rm20 juta mampu untuk menuju Putra jaya. Barng di ingat juga kalau lah dengan Juta-juta mampu segalanya maka sudah kerajaan pas kelantan sudah rebah selepas Pru 11 2004, kerana Bn telah menawarkan harga yang tinggi untuk membeli wakil rakyat pas ketika itu. Wang itu sememangnya alat, tapi wang jutaan itu bukan segalanya.

Teruskan " Road To Putrajaya"

Sunday, May 9, 2010

TB Serang PAS Terengganu lagi.

Wa nak peringat kepada TB si Rahman Talib, kalau dalam haraki jabatan atau apa haraki sekali pun kalau kita nak naikkan diri atau nak naikkan seseorang kita jangan sekali-kali nak pijakkan kepala orang lain.

Lu jangan pakai idea umno atau teori umno. Nak tutup isu dengan cetuskan isu lain. Lu semacam sudah habis idea, hilang gas bila lu masih terus-terusan serang PAS Terengganu. Wa tak tahu banyak pasal pas Terengganu, tapi yang wa tahu Pas Terengganulah yang mampu melahirkan pimpinan yang silih berganti dan berkualiti.

Ok, wa tak mau cerita pasal pas ganung, wa pun hangin juga dgn pas ganu ni. Cuma kenapa TB kaitkan Husam lemahkan Pak Lah dengan kekalahan Pas Terengganu. Itu cerita lu dulu-dulu. Lu tak puas hati apa? Lu kalau mau tutup isu 4 juta sekalipun jangan pijak kepala orang lain, lu kalau nak naikkan imej husam semula pun jangan pijak pijak kepala Pas ganung. Lu dah berapa kali asyik cerita sama. Kalau lu jujur lu tulislah tentang kehebatan Husam tanpa lu perlekeh orang lain, tak boleh ke? apa suatu kewajipan ke bila naik lu punya edola lu kena pijak pijak orang lain. Komang-komang pun PRK K.Trg mereka boleh rampas dari umno, hebat-hebat pun mereka terlepas PRK H. Sel itupun hujah kalau kira nak naikkan Terengganu dengan perlekehkan selangor. Lu Fikrlah. Lu orang bijak, lu otak geliga.

Lu mau kata Hasan Ali silap pilih calon ke H.Slg atau kehadiran Presideng dan timbalang Presideng yang menyebabkan pengundi Sini tolak calon PKR? dalam hal ni lu patut ulas. Wa tak kisah lu mau lambung ke, lu mau angkat ke, lu mau sanjung ke, itu lu punya pasal tapi bila lu pijak2 kepala orang lain wa hangin sama lu, wa nampak lu macam orang tak belajar tinggi, lu macam orang bukan jamaah.

Lu belajarlah bangun malam dan bermunajat kepada Allah, lu jangan dengki sama samsuri ke kayu ( siapa kayu ?) ke, kazani ke? baguslah kalau dia orang betul2 mau tolong jamaah. Kalau Kazani dah tolong samsuri bayar gaji untuk kerja dengan jamaah itu kira satu pengorbanan, tinggalkan jawatan tinggi dengan gaji yang lumayan. Ini tidak masuk Pas mengharapkan jawatan bergaji besar, bila tak dapat lari keluar negeri cari jawatan bergaji 6 kali exco dan komplain sana fitnah sini. LU sendiri mau ingat and sendiri mau fikir : Mat indon datang Mesia cari duit lu pula masuk indon cari duit, baliklah duduk mesia, gaji tak besar tak apa janji boleh berbakti kepada jamah kerana Allah, lu boleh tolong cawangan, lu boleh bantu UPU, lu boleh kerjasama dengan MTD, kawasan , negeri dan pas pusat.

Wa nak bagitahu sama lu dan semua seisinya, baca dan faham betul supaya lu dan semua dapat betulkan persepsi : Antara orang yang mencadangkan nama Samsuri untuk jadi SUP Presideng Pas adalah Dr. Syed Azman sendiri. Apabila beliau nak tumpukan kerja-kerja lujnah antarabangsa, beliau berhasrat untuk berundur daru SUP Presideng, Lu tak caya? lu tanyalah YBM Dr. Syed Azman. Lu call dia, lu Dato' KJ yang merupakan SU Agong Ketika itu. Wa yakin selain lu ada no tepon husam lu juga ada no tepon KJ dan Dr Syed Azman.

Wa doakan semoga TB bertemu jalan yang lurus spt yang dia selalu minta dalam solatnya.

Tuesday, May 4, 2010

Topeng Perak memang gabang.

Wa sebenarnya malas nak ulas lagi isu 4 Juta. Ini kerja 4juta kerja bodoh yang memang wa tak pernah setuju dari dulu. Nasib baik puak IT pas Kelantan pertahankan Kelantan TV kalau tidak semuanya dah lingkup dan hancur bersama GMC.



Wa malas nak tulis, tapi bila wa tengok yang bodoh, yang tak de maklumat konon-konon ada maklumat , siap tulis maklumat soheh yang didapat dari pemilik dan di maklumkan di JKR 10. Wa rasa geli pun ada sebab wa tahu itu maklumat salah. Walaupun dari sesiapa sekali pun wa rasa kalau yang salah tetap salah.



Poji @ Topeng Perak @ TPU lu sudah silap, lu kena kencing, lu tak mau caya sama Nik Amar, lu mau caya sama Stopa ali, why? kalau lu tak mau terima kenyataan stopa ali wa boleh terima, sebab lu sendiri memang tak iktiraf pun dia SUA Pas. Lu kutuk stopa ali. Macamana pula dengan kenyataan Nik Amar? itu exco kanan ma, itu TPJ Ma...lu kena kencing ma.

Lu perna pergi pejabat GMC? lu pernah lepak sana? lu kena kencing ! lu kena kencing belari....

Poji lu marah pada Idris Ahmad sebab lu kata Idris Ahmad tak ada maklumat sebenar. Lu yang tak tahu, wa yakin 100% Idris Ahmad tahu yang memang PAS tak terlibat, wa yakin Idris Ahmad sangat tahu Kerajaan Kelantan tak terlibat dengan GMC dan 4 Juta.

Ini kerja dalam gelap ma, kerja buat pandai-pandai. Lebih sudu dari kuah. Akibatnya bila tersempit nak kaitkan dengan PAS. Beberapa kerat individu yang disebut oleh Kick yang terlibat guna JKR10 untuk bincang projek ni. Serupa la dengan guna JKR 10 untuk kalahkan Ustaz Nasa , lu tau ke? Lu patut tanya sama orang yang kasi tau sama lu tu, mana dapat duit 4 Juta? siapa kasi ? Umno Kasi ke? En Tan kasi ke?

Sebab tu Idris Ahmad minta kick supaya buat lapuran SPRM, bukannya SPRM yang siasat dia, lu tak faham ..tahap iq politik lu rendah. lu fikir apa yang lu nampak pada 1 layer tapi lu tak nampak bawah sana masih ada 3-4 layer ma.

Deris Ahmad sudah kira buat kerja bagus selaku ketua penerangan. Lu lihat la, di mau jaga Pas, dia tak mahu orang yang salah buat kerja dalam gelap tapi bila sudah tersempit nak kaitkan dengan Pas. Lu nampak ke? itu baru layer 2.

Macamana mau kata itu GMC projek pas, kertas cadangan bukan masuk ikut lujnah Penerangan atau jabatan IT Pas Kelantan. Lu pasti ke ada kelulusan dari Lujnah Penerangan atau IT Kelantan. Kerat 10 la, wa yakin tak ada dan memang tak ada kecuali kerja mamat-mamat 3@2 orang . Wa juga yakin ini kerja tak masuk saluran exco penerangan atau exco teknologi maklumat, wa tau memang tak masuk. Tanpa kelulusan badan perhubungan pas kelantan, macamana mau kata ini projek pas kelantan. Tanpa kelulusan exco lu mau bilang ini projek kerajaan negeri ke? Lu tanya lah , ini kerja gila. 4 juta lu ingat sikit ke?

Poji lu tau 10% jangan buat tahu 98%, sebab nanti orang sangat tahu lu memang tak tahu dan lu tambah-tambah. Lagi lah yang lu tahu tu pulak bukan betul pun.

Kalau dulu lu punya geng 13 bilang tegur kerana sayang jamaah, lu dedah kerana sayang pimpinan sepatutnya ini time pun lu kena jujur. Lu kena tegur siapa yang buat kerja dalam gelap dan guna duit secara gelap, 4 juta ma...lu ingat sedikit ke? silap silap duit tu juga lah yang diagih-agih di Perak, di Melaka dan di Johor. Yang pelik di Serawak yang minta duit tak diagihkan pulak.

Dalam kes GMC dan 4 Juta , wa nampak jelas lu memang hati jahat, lu punya hati busuk, lu mau kutuk idris ahmad kerana lu mau pertahankan benda salah. Wa nak ingatkan lu, kalau tak ada benda benar yang nak ditulis lebih baik lu biarkan blog lu kosong.

Wa mau bilang sama lu, Bilik Gerakan Pemuda PAS Kelantan masa pru 12 lu tau ke kat mana? kenapa begitu? lu kena tanya semua tu, lu tanya banyak lagi, lu kena hati-hati supaya lu tak kena kencing dan bila dah kena kencing lu punya tulisan pun bau hacing. Wa nak nasihat sama lu, lepas ni lu tak usah nak cerita lah pasal GMC, sebab lu tak tau..tak pasal-pasal pulak wa mau tangkap penyamun kick & the gangs tertangkap lu [ lu penyamun ke] ok wa stop dulu, nanti lu nakal lagi nakal kalu, wa akan tunjukkan pada lu siapa itu, dimana itu, kenapaitu.
Poji lu pun kena makan ubat sebab lu pun dah tahap gabang.!!!!

Sunday, May 2, 2010

4 Juta sumbangan Umno?


"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka." Itulah petikan kata-kata exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa ketika mengulas tulisan kickdefella.

Wa rasa sikit terkejuz bila husam bilang itu macam, wa rasa pelik. Bukan apa, wa rasa macam Husam tahu je duit tu memang ada, tapi sumber ye sumber mungkin fadly yang baru saje dinaik kan pangkat tak tahu kut.

Kenapa Husam jawab itu? wa ingat dua-dua antara Husam dan Kick sudah saling memerangkap. Husam terperangkap dan Kick pun diperangkap. Nanti kita tengok siapa kena.

Wa harap Datuk Husam tak kena, biar kick yang kena...kena kick la. 4 juta ditaja oleh kumpulan Umno tertentu. Kumpulan umno mana tu? siapa yang kumpulan umno tertentu kasi? tak kan direct dia kasi sama kick ? kick pula kata itu duit Pas untuk jatuhkan imej Dollah. Pelik ke? mana pelik, wa je yang tak fikir jauh. kenapa? kerana kalau wa gabungkan 2 ulasan ini dijadikan 1 wa faham lu pun faham.. Kick kata 4 Juta tu dari Pas, Husam pula kata dari kumpulan umno terentu. Jadi kumpulan umno tertentu bagi pada pas, pas pula kasi sama kick. Jadi Kick bila terima itu 4 juta dari Pas , dia anggap itu pas punya. Faham ?

Siapa pula yang bikin kerja dalam gelap dengan umno? Hentam duit umno dalam kelambu ma, angkat duit 4 juta dari umno tanpa kelulusan syura...ini sudah kes jumpa umno dalam gelap. Tak apa, ini kan kerja mau jatuh dollah tak perlu kelulusan Majlis syura.Kasi hentam gitu-gitu je.

kalau di Selangor wa ingat mungkin Hasan Ali pau 4 juta dari umno, wa ingat tak mungkin umno kasi 4 juta sama ahli parlimen Bachok. Tapi yang wa tahu lah , hasan ali sama nasa saja yang duk main dalam gelap sama umno, ini ada kes baru lah. ini kena tambah lagi sorang pro UG, tapi siapa? wa ingat OneG ke, Faqak ke, TB ke, GB ke sapa sapa la yang selalu hentam individu yang kerja dalam gelap kena siasat sampai akar umbi atau terus sampai lubang cacing. Kalau lu tak jumpa juga lu kena Zul so long atau Wan Jo. wa tau zol so long dan OneJo ada teori....woi wa belit-belit apo ko hal...bukan belit ma, soly ah, senang punya cerita, kick kena bilang siapa orang pas yang kasi sama dia 4 juta dan husam juga kena kasi tahu siapa yang bersama kumpulan tertentu dalam umno yang kasi ofer 4 juta tu. Wa harap-sungguh-sunggup, wa doa pada Pencipta alam ini supaya bukan Datuk Husam yang terima duit 4 juta dan kasi pada kick. Wa sayang sama Datuk Husam ma, wa sayang pada semua pimpinan Pas ma, wa sayang , kalau wa hentam kow kow tu wa sayang lu caya lah.
he he he 4 Juta?

Saturday, May 1, 2010

Berok Kekoh lagi.

Wuiiiiiiiiiiiiiit pewettttttttttt, wa dah cakap dulu, beruk ni akan buat gila lagi, lepas 4 juta pun akan ada lagi. lu tau kenapa ? nanti wa cerita diakhir n3 ni.

Kali ni wa tak mau tulis panjang lebar, wa kena terbang ke Sibu malam ni juga, wa kena susun strategi saraf di Sibu, wa ada 4 juta ma. Wa rasa 4 juta memang ada, sebab wa rasa mau setup itu GMC ( Global media Channel) pun wa nampak lebih dari 2 juta, woi gila siot dia punya instrulmen,mengalah Wayang Tinggi Production. Mana mari duit tu? siapa audit duit tu? bawah siapa? bawah exco mana? income tarak pun tapi gaji staff kena bayar dan memang boleh bayar pun. Status GMC siapa yang tahu? lu tahu ke? wa memang tarak tau.

Sebelum Pru 12, semasa kempen disitulah dibuat PC ( Sidang media) lu tau siapa masuk studio untuk pC , gilir-gilir ma, kalau tidak MB, exco, kalau tidak exco , Mb. Gitulah sehingga PRU 12. Tapi wa masih ingatlah, kalau betul mau lemahkan Pak Lah wa rasa bukan disitu, sebab wa nampak la hanya Pak Leh lening tak serupo mulo je yang keluar . Woih modal 4 juta ma....satu keping itu juga keluar. Ok

Ini janji wa...lu tau kenapa berok kekoh tuan dan akan terus kekoh, kenapa? wakkaaaaaa ....sebab dia punya tuan tarak backup masa dia kena pecat dan kena hentam. Lagi tuan mau backup kalu...makan di ri ma, silap-silap kena bogel di sang beruk.......
Lu tuggu la, lepas ini mesti ada lagi akan dikekah tuanya. Lu tunggu...wa tunggu....Tuan berok....dan berok....lu tengok siapa kena.....

Ok wa nak terbang Sibu ? siapa mau ikiut? 1G ? 1Jo, Faqak, Adoka? woittttttt kalau lu nafsu tak kuat lu tak usah kawin 4 wokeyyyyyy.....hangin....