tag:blogger.com,1999:blog-7227921016567450506.post2158275216062403186..comments2023-10-29T07:31:58.100-07:00Comments on Kumpulan Orang Gila: Topeng Perak memang gabang.macamoranggilahttp://www.blogger.com/profile/16303564575412950440noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7227921016567450506.post-63975906478037697302010-05-08T08:13:21.249-07:002010-05-08T08:13:21.249-07:00Islam adalah agama rahmat sekian alam. Islam mempe...Islam adalah agama rahmat sekian alam. Islam memperkenalkan sistem yang ada dalam kehidupan menjamin kesejahteraan, keadilan dan keberkatan dari Allah s.w.t. Dalam Bank Konvensional, kita tidak boleh lari daripada pengaruh riba, judi dan gharar. Terdapat juga unsur penindasan yg ditentang oleh Islam. Maka dengan sistem islam iaitu Perbankan Islam, Islam membersihkan semua kejahatan, penindasan dan perkara yg haram dalam perbankan.Begitu juga dgn sistem islam yg lain seperti Insuran Islam(takaful), kewangan islam, undang-undang islam ,pajak gadai islam (arrahnu) dan sebagainya, islam akan membuang segala bentuk kezaliman, penindasan, kekotoran dan yg haram menjadikan ianya halal. Orang bukan Islam di juga mengakui kebaikan amalan sistem islam, faktanya lebih 50%-60% pelanggan di Bank Islam dan Rajhi Bank adalah daripada bukan islam. Ahli politik drp pemimpim UMNO sendiri juga mengiktiraf keberkesanan dan kebaikan Bank Islam dan juga mengiktiraf penggunaan dinar emas sebagai mata wang yg disarankan oleh ulamak sejak sekian lama.Tetapi apabila ditanya kpd para pemimpin UMNO tentang politik, yg mana sistem lebih baik samada politik islam atau kebangsaan? Sudah tentu orang UMNO akan menjawab politik kebangsaan lebih baik berbanding dgn politik islam. Antara hujahnya ialah orang UMNO mengganggap islam adalah agama suci, bersih dan mulia.Mana boleh campurkan islam ke dalam politik yg penuh dengan rasuah, kekotoran, kekejian dan jijik yg boleh mencemarkan kesucian islam itu sendiri.Tokoh PAS, Tok Guru Nik Aziz menjawab hujah yg diberikan oleh pemimpin UMNO dengan berkata “ Kalau mu kata dalam politik ni rasuah, kotor,jijik dan sebagainya maka islam ni mari bersihkan dan buangkan segala semua kekotoran yg mu katakan tu. Jadi jangan nak cakap dan pegang bahawa “politik suku dan agama suku”. Orang yg mengasingkan agama dengan politik ni Cuma orang jahil dan sekular sahaja, boleh merosakan akidah kita sebagai islam juga”. Tidak kira PAS @ UMNO, kita wajib percaya akan rukun iman salah satu drpnya ialah beriman pada hari akhirat. Pada masa itu nanti tidak kira arab, melayu ,cina, batak,india atau bangsa lain sebenarnya tidak ada nilai disisi Allah. Cuma Islam yang dapat bantu kita pada masa itu.Cuba tanya diri kita, Adakah islam yg menjadi “cara hidup” kita selama ini?Atau masa hidup didunia ni adakah kita cuma beramal dengan islam suku-suku je dan tertentu sahaja, ambil yg separuh-separuh sahaja ataupun kita islam sebab kita ni melayu. Saya nak ingatkan sekali disini kita melayu tidak semestinya selamat diakhirat tetapi jadilah melayu islam yang menerima islam secara keseluruhanya dalam cara hidup kita. Jangan jadi pak turut manusia, jadilah pak turut nabi Muhammad s.a.w.. Ikuti apa Nabi ajar dan al Quran dan sunnah sebagai pengangan, insyaAllah selamat dunia dan akhirat. Jadi pada pandangan saya,baik ikut sahaja nasihat Nik Aziz tukar dasar melayu kepada Islam. Dasar politik melayu hanya dapat diterima oleh kaum melayu sahaja tetapi dasar politik islam diterima oleh semua kaum.Jgn kita “belajar tinggi-tinggi, tetapi bodoh bertingkat-tingkat”. Yang jahil boleh belajar tetapi jangan jadi spesis bodoh sombong.Dalam al Quran dan juga hadis spesis bodoh sombong banyak merujuk kepada kaum Yahudi. Jangan kita jadi macam puak Yahudi yg begitu taksub dengan kaum mereka sehingga tidak mahu mengaku akan kebenaran islam dan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.Jika kita mengangkat dasar kebangsaan lebih tinggi daripada dasar islam, pada pendapat saya tiada bezanya kita dengan puak dan bangsa Yahudi. Seperti saya cakapkan pada permulaan, islam agama rahmat bagi sekelian alam bukan melayu atau arab.Anonymousnoreply@blogger.com