Sunday, June 9, 2013

Akhirnya PSM bukan ahli PR, tepatlah ijtihad Tuan Guru Presiden PAS.

Akhirnya PSM bukan ahli PR, tepatlah ijtihad Tuan Guru Presiden PAS.


Isu status PSM dalam PR amat mengelirukan sehingga muncul konflik kerusi Kota. Kini pimpinan PR telah mengeluarkan kenyataan bahawa Parti Sosialis itu tidak termasuk dal...am komponen PR. Kini timbul persoalan:

1- Mengapa dibenarkan PSM bertanding atas tiket PR sedangkan ketika itu belum wujud konsensus jelas. Ibarat lakukan hubungan terlarang terlebih dahulu, kemudian baru fikir samada jadi nikah atau tidak.

2- Segala kekalutan berpunca dari hubungan gelap PKR dan PSM sehingga mengecewakan adik beradik lain (PAS & DAP) serta menggoncangkan keluarga PR. Ahli terus keliru apa status sebenar PSM dalam PR. Bahkan tidak sedikit pendukung PAS yang menjadi mangsa persepsi berikutan hubungan terlarang ini.

3- Kini telah diputuskan bahawa PSM bukan dari PR. Sedangkan kerusi Kota Damansara, PSM perolehi pada PRU 12 atas nama BA (kini PR). Sekarang semua tertanya2, apakah status Kota Damansara sebenarnya? Adakah ia merupakan anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang? Siapa sebenarnya yang berhak secara absah mengurus kebajikan rakyat di N39? Siapakah akan menguruskan pusat penyelaras Dun Kota Damansara?

4- Bagaimana pula nilai amanah pengundi Kota Damansara yang mengundi Dr. Nasir atas nama PR pada PRU 13 yang lepas? Tidakkah mereka rasa tertipu?

5- Ternyata ijtihad TG Presiden PAS amat tepat. Siapa yang berusaha menidakkan ijtihad tersebut secara taktikal ketika bertanding dulu? Isu watikah dan arahan TG Presiden PAS yang disorokkan. Seterusnya siapa yang ghairah menghukum TG Presiden PAS sebagai pengkhianat semata2 tindakan TG Presiden PAS memelihara kesatuan komponen PR?

6- Telah jelas kesalahan dan siapa buat salah, mahu berpeluk tubuh lagi?



Kini telah terjawab soal kesetiaan dan amanah. InsyaAllah PAS akan tetap berpegang dengan janji seterusnya memelihara pakatan ini agar tiada golongan2 tempelan yang mengambil kesempatan.



3 comments :

  1. aku sgt sokong admin blooger mcm kau ni bro..pertahankan ulamak...sapa lgi yg dok ckp putar belit kononya nk nyataka kebenaran ..org kat shah alamla khalid samad..pembodek anwar ibrahim...mereka nak lawan ulamak boleh blahhh

    ReplyDelete
  2. Wa sebenarnya amat kesian kat Khalid KD.... mengarang cerita dongeng yang amat memualkan. Nak lihat Khalid KD sama ada nak minta maaf secara terbuka atau masih minat deng cerita dongeng lagi. Tapi Khalid tetap Khalid.... cuma sekarang ada KD jer... he3

    ReplyDelete
  3. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete