Wednesday, April 28, 2010

Hulu Selangor : PRK Paling Gila..

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor telah berlalu, semua mengetahui keputusannya dimenangi oleh Mic yang mewakili BN.

Kalah atau menang adalah memang yang pasti akan hadir dalam pilihanraya . Mana ada seri dalam macam bola sepak dalam pilihanraya.

Pakatan Rakyat kali ini telah memilih datuk Zaid Ibrahim sebagai calon dari Parti Keadilan Rakyat. Semua parti gabungan tidak menunjukkan batahan, walaupun ada suara sumbang yang menyatakan dan mendakwa bahawa Pas tidak senang dengan keputusan pemilihan Zaid Ibrahim berpandukan rekod silam beliau. Presiden Pas Hadi Awang dengan tegas menjelaskan bahawa calon pilihan PKR itu adalah calon yang terbaik. Lupakan kisah silam beliau semasa bersama Umno dan kita beliau telah memulakan hidup baru bersama PR. Malahan Hadi Awang mengarahkan supaya pas memberi sokongan 100% kepada Zaid Ibrahim.

Beberapa hari sebelum pernamaan calon, satu keputusan telah diambil parti parti pakatan yang lain hanyalah membantu PKR sahaja dalam semua aspek bagi menghadapi PRK tersebut.
Ini bermakna PAs dan DAP hanya membantu mana yang perlu serta menampung mana yang kurang.

Di pihak pas timbalan Presiden , Nasaruddin Mat Isa telah dipilih sebagai pengarah PRK tersebut dan jamaluddin Elias sebagai pengarah operasi.

Dihari penamaan calon sebahagian besar pimpinan Pas hadir termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden , setiusaha agong, psuruhjaya pas selangor. Di manek Urai pun Ust Nasa tak hadir, tapi kali ini beliau telah hadir dalam memeriahkan dan memberi semangat untuk PRK tersebut.

Selepas penamaan calon, suasana agak nampak sedikit cacat bila jentera induk PKR nampak seakan-akan lumpuh ( mulanya dianggap hanya persepsi penulis sahaja) Masuk hari kedua dan ketiga semua menjadi kelam kelabut. jadual cermah jadi berterabur. jadual tugas operasi tidak menentu. kalau suasana yang memimpin jadi demikian, mana mungkin parti parti yang datang membantu dapat menolong. Hendak bantu macamana, hendak sendiri pun mana mungkin kerana keputusan asal telah memutuskan bahawa pas hanya bantu, ya bantu dalam segala hal. Buku daftar pemilih dan senarai nama pengundi tidak mampu diurus dengan betul, sumber kewangan di markas markas tidak sampai. Walaupun peruntukkan nya ada tetapi wangnya tidak tiba.

Senarai pertugas polling dan cunting ejen tidak dapat disediakan , maka taklimat untuk tugasan ini tidak dapat dibuat. Sistem daftar pemilih tidak mampu diurus dengan baik kerana ketiaadaan pc dan laptop. Senarai pengundi luar yang perlu diurus untuk balik gagal dikeluarkan. Pertugas kenderaan di masa kempen serta kawalan keselamatan tidak berfungsi. Tugas keselamatan hanya mengiringi penceramah besar dan untuk program ceramah perdana sahaja. Sedangkan markas dan bilik gerakan langsung tidak dikawal. Dibiarkan sesiapa dapat masuk dengan bebas. Tiada lagi keselamatan dan kerahsiaan.

Senarai kenderaan dan pemandu untuk membawa pengundi dihari mengundi juga gagal disenaraikan. Ketua-ketua urusan yang berkaitan sibuk dengan tugas lain yang bukan ditugaskan kepada mereka. Bajet untuk minyak kenderaan dan bajet untuk tambang penngundi gagal disediakan. Kecekaruan, kelumpuhan yang mulanya dianggap persepsi jelas sudah menjadi realiti.

Dengan pengalaman kalah menang dan dengan pertugas yang sentiasa bersiap sedia, lalu keputusan telah diambil bahawa pas boleh meneruskan kerja dengan perancangan sendiri. Setiuasaha agong telah membuat kenyataan atau lebih tepat sebagai arahan supaya pertugas pas mesti ditambah.Pas boleh meneruskan usahanya sendiri dan tidak lagi bergantung kepada arahan atau seliaan PKR.

Hari mengundi sudah tinggal 5 hari, Ustaz nasa, Dato' halim, Dato' Pa terus berkampung di HS. Hadi Awang sendiripun terusan di HS dari hari penamaan calon 17 april - 22 april berceramah petang dan malam. Ustaz nasa , ustaz halim serta cikgu Pa mengatur strategi bersama jamaluddin elias. Suasana agak suram diperingkat awal, namun bermula khamis pas dapatlah menggerakkan jentera dengan hampir sempurna. Namun sumber kewangan belum sempurna, mana nak cari duit minyak untuk kenderaan hari mengundi? duit tambang untuk tiket-tiket pengundi luar belum di tempah, bajet tidak dapat dibuat kerana senarai belum lengkap. Pas kena cari sendiri sumber kewangan untuk tujuan diatas tadi. Akhirnya dalam keadaan yang genting tersebut, pas berjaya menyelesaikanya pada hari sabtu. bayangkan hari sabtu baru lah pengundi luar yang berada di JB, di Perlis, di kelantan baru sibuk-sibuk nak cari tiket bas, atau keretapi atau kapalterbang untuk pulang mengundi, bayangkan kalutnya mereka. Kalau pengundi luar ini jenis yang tidak berjiwa besar sudah tentu mereka tidak akan berusaha untuk balik mengundi didalam suasana sedemikian.

Sistem yang dibagunkan oleh pas telah digunaka disemua markas UPU, notebook dan Pc pertugas pas telah diusung dari segenap pelusuk.Kerja-kerja culaan diusahakan sejauh yang mampu walaupun hari mengundi terlalu hampir.

Itulah saya katakan bahawa inilah PRK yang paling gila. Pun begitu mamat mamat blogger gila masih dengan suara sumbang, masih dengan igauan. Lihatlah bagaimana BN telah menggunakan tu;lisan blogger gila berlambangkan Pas Refom sebagai bahan saraf, BN telah memanafaat tulisan blogger gila tersebut, tentu blogger gila yang kononya pas refom seronok, suka, gembira kerana usaha mereka telah dihargai oleh BN. Tulisan Wan ji, Tulisan Aduka, tulisan Tulang Besi, tulisan Syed Azidi, tulisan bagan utama , tulisan Greenbox, zainufaqar, bakar haq dan lain-lain telah dimanafaat oleh BN, tahniahlah usaha gila anda telah berjaya, berbangga lah anda dengan usaha tersebut. Niat anda telah tercapai. hasrat anda telah terlaksana.

Sepatutnya pada PRK tersebut Wan Ji dilantik sebagai pengarah bagi Pas refom, buka bilik opearsi sendiri. Adakan risalah sendiri, saraf sendiri, sistem semakan sendiri, kempen dari rumah ke rumah sendiri dan adakan ceramah sendiri atas nama pas refom. Ini tidak kamu hanya meronda ronda sebagai pelancung, usah kata untuk kempen rumah ke rumah, poster yang jatuh pun kamu tak sanggup betulkan.

Kamu mengharapkan Hadi awang, nasa, Stopa Ali serta hasan Ali tidak datang berkempen, kamu harapkan agar mereka tiada dihari penamaan calon, juga kamu doakan agar mereka tidak turut berceramah, suapaya senang kamu hentam, supaya senang kamu pulung dan supaya senang memberi gelaran. Kamu sangat kecewa bila muka muka ini ada di HS ketika itu.

Sudahlah kamu kamu semua wahai blogger gila, hasrat dan impian kamu telah terlaksana, BN telah gunakan segala tulisan kamu dengan logo pas refom , jelaslah sudah kini. Kamu bukan pas refom akan tetapi kamu adalah pengkhinat pas. Samada kamu sedar atau tidak sesungguhnya kamulah pengkhianat pas dan pembunuh Pakatan Rakyat.

Inilah PRK paling gila pasca PRU 12 dan aku tema kan ia sebagai " Nafsu Besar nak kawin 4, tapi tenaganya tiada"

2 comments :

  1. terima kasih saudara seperjuangan dengan tulisan ini, sekurangnya membuka mata betapa azab dan perit pas pusat dalam usaha merealisasikan impian pakatan rakyat menawan kembali hulu selangor, hanya impian keajaiban yang berkumandang dalam hati orang orang pas dan pakatan rakyat, masuk bilik gerakan masuk bilik media untuk mecari bahan untuk godam pemimpin pas, balik boleh tulis dalam blog tentang kelemahan pemimpin pas. pas yang diletakkan sebagai watak pembantu kena menjadi hero adalah menjadi satu kesusahan dan kepayahan. dan apabila gagal pas akan dijadikan korban blogger celaka ini

    ReplyDelete
  2. woii mat, baik je lu ayat en3 kali ni, wa ingat lu makan ubat ke? wa seronok dengan ayat lu :Nafsu besar nak kawin 4, tapi tiada tenaga...wakkakakakaaaaa....memang gila ....

    ReplyDelete