Wednesday, April 28, 2010

Hulu Selangor : PRK Paling Gila..

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor telah berlalu, semua mengetahui keputusannya dimenangi oleh Mic yang mewakili BN.

Kalah atau menang adalah memang yang pasti akan hadir dalam pilihanraya . Mana ada seri dalam macam bola sepak dalam pilihanraya.

Pakatan Rakyat kali ini telah memilih datuk Zaid Ibrahim sebagai calon dari Parti Keadilan Rakyat. Semua parti gabungan tidak menunjukkan batahan, walaupun ada suara sumbang yang menyatakan dan mendakwa bahawa Pas tidak senang dengan keputusan pemilihan Zaid Ibrahim berpandukan rekod silam beliau. Presiden Pas Hadi Awang dengan tegas menjelaskan bahawa calon pilihan PKR itu adalah calon yang terbaik. Lupakan kisah silam beliau semasa bersama Umno dan kita beliau telah memulakan hidup baru bersama PR. Malahan Hadi Awang mengarahkan supaya pas memberi sokongan 100% kepada Zaid Ibrahim.

Beberapa hari sebelum pernamaan calon, satu keputusan telah diambil parti parti pakatan yang lain hanyalah membantu PKR sahaja dalam semua aspek bagi menghadapi PRK tersebut.
Ini bermakna PAs dan DAP hanya membantu mana yang perlu serta menampung mana yang kurang.

Di pihak pas timbalan Presiden , Nasaruddin Mat Isa telah dipilih sebagai pengarah PRK tersebut dan jamaluddin Elias sebagai pengarah operasi.

Dihari penamaan calon sebahagian besar pimpinan Pas hadir termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden , setiusaha agong, psuruhjaya pas selangor. Di manek Urai pun Ust Nasa tak hadir, tapi kali ini beliau telah hadir dalam memeriahkan dan memberi semangat untuk PRK tersebut.

Selepas penamaan calon, suasana agak nampak sedikit cacat bila jentera induk PKR nampak seakan-akan lumpuh ( mulanya dianggap hanya persepsi penulis sahaja) Masuk hari kedua dan ketiga semua menjadi kelam kelabut. jadual cermah jadi berterabur. jadual tugas operasi tidak menentu. kalau suasana yang memimpin jadi demikian, mana mungkin parti parti yang datang membantu dapat menolong. Hendak bantu macamana, hendak sendiri pun mana mungkin kerana keputusan asal telah memutuskan bahawa pas hanya bantu, ya bantu dalam segala hal. Buku daftar pemilih dan senarai nama pengundi tidak mampu diurus dengan betul, sumber kewangan di markas markas tidak sampai. Walaupun peruntukkan nya ada tetapi wangnya tidak tiba.

Senarai pertugas polling dan cunting ejen tidak dapat disediakan , maka taklimat untuk tugasan ini tidak dapat dibuat. Sistem daftar pemilih tidak mampu diurus dengan baik kerana ketiaadaan pc dan laptop. Senarai pengundi luar yang perlu diurus untuk balik gagal dikeluarkan. Pertugas kenderaan di masa kempen serta kawalan keselamatan tidak berfungsi. Tugas keselamatan hanya mengiringi penceramah besar dan untuk program ceramah perdana sahaja. Sedangkan markas dan bilik gerakan langsung tidak dikawal. Dibiarkan sesiapa dapat masuk dengan bebas. Tiada lagi keselamatan dan kerahsiaan.

Senarai kenderaan dan pemandu untuk membawa pengundi dihari mengundi juga gagal disenaraikan. Ketua-ketua urusan yang berkaitan sibuk dengan tugas lain yang bukan ditugaskan kepada mereka. Bajet untuk minyak kenderaan dan bajet untuk tambang penngundi gagal disediakan. Kecekaruan, kelumpuhan yang mulanya dianggap persepsi jelas sudah menjadi realiti.

Dengan pengalaman kalah menang dan dengan pertugas yang sentiasa bersiap sedia, lalu keputusan telah diambil bahawa pas boleh meneruskan kerja dengan perancangan sendiri. Setiuasaha agong telah membuat kenyataan atau lebih tepat sebagai arahan supaya pertugas pas mesti ditambah.Pas boleh meneruskan usahanya sendiri dan tidak lagi bergantung kepada arahan atau seliaan PKR.

Hari mengundi sudah tinggal 5 hari, Ustaz nasa, Dato' halim, Dato' Pa terus berkampung di HS. Hadi Awang sendiripun terusan di HS dari hari penamaan calon 17 april - 22 april berceramah petang dan malam. Ustaz nasa , ustaz halim serta cikgu Pa mengatur strategi bersama jamaluddin elias. Suasana agak suram diperingkat awal, namun bermula khamis pas dapatlah menggerakkan jentera dengan hampir sempurna. Namun sumber kewangan belum sempurna, mana nak cari duit minyak untuk kenderaan hari mengundi? duit tambang untuk tiket-tiket pengundi luar belum di tempah, bajet tidak dapat dibuat kerana senarai belum lengkap. Pas kena cari sendiri sumber kewangan untuk tujuan diatas tadi. Akhirnya dalam keadaan yang genting tersebut, pas berjaya menyelesaikanya pada hari sabtu. bayangkan hari sabtu baru lah pengundi luar yang berada di JB, di Perlis, di kelantan baru sibuk-sibuk nak cari tiket bas, atau keretapi atau kapalterbang untuk pulang mengundi, bayangkan kalutnya mereka. Kalau pengundi luar ini jenis yang tidak berjiwa besar sudah tentu mereka tidak akan berusaha untuk balik mengundi didalam suasana sedemikian.

Sistem yang dibagunkan oleh pas telah digunaka disemua markas UPU, notebook dan Pc pertugas pas telah diusung dari segenap pelusuk.Kerja-kerja culaan diusahakan sejauh yang mampu walaupun hari mengundi terlalu hampir.

Itulah saya katakan bahawa inilah PRK yang paling gila. Pun begitu mamat mamat blogger gila masih dengan suara sumbang, masih dengan igauan. Lihatlah bagaimana BN telah menggunakan tu;lisan blogger gila berlambangkan Pas Refom sebagai bahan saraf, BN telah memanafaat tulisan blogger gila tersebut, tentu blogger gila yang kononya pas refom seronok, suka, gembira kerana usaha mereka telah dihargai oleh BN. Tulisan Wan ji, Tulisan Aduka, tulisan Tulang Besi, tulisan Syed Azidi, tulisan bagan utama , tulisan Greenbox, zainufaqar, bakar haq dan lain-lain telah dimanafaat oleh BN, tahniahlah usaha gila anda telah berjaya, berbangga lah anda dengan usaha tersebut. Niat anda telah tercapai. hasrat anda telah terlaksana.

Sepatutnya pada PRK tersebut Wan Ji dilantik sebagai pengarah bagi Pas refom, buka bilik opearsi sendiri. Adakan risalah sendiri, saraf sendiri, sistem semakan sendiri, kempen dari rumah ke rumah sendiri dan adakan ceramah sendiri atas nama pas refom. Ini tidak kamu hanya meronda ronda sebagai pelancung, usah kata untuk kempen rumah ke rumah, poster yang jatuh pun kamu tak sanggup betulkan.

Kamu mengharapkan Hadi awang, nasa, Stopa Ali serta hasan Ali tidak datang berkempen, kamu harapkan agar mereka tiada dihari penamaan calon, juga kamu doakan agar mereka tidak turut berceramah, suapaya senang kamu hentam, supaya senang kamu pulung dan supaya senang memberi gelaran. Kamu sangat kecewa bila muka muka ini ada di HS ketika itu.

Sudahlah kamu kamu semua wahai blogger gila, hasrat dan impian kamu telah terlaksana, BN telah gunakan segala tulisan kamu dengan logo pas refom , jelaslah sudah kini. Kamu bukan pas refom akan tetapi kamu adalah pengkhinat pas. Samada kamu sedar atau tidak sesungguhnya kamulah pengkhianat pas dan pembunuh Pakatan Rakyat.

Inilah PRK paling gila pasca PRU 12 dan aku tema kan ia sebagai " Nafsu Besar nak kawin 4, tapi tenaganya tiada"

Tuesday, April 27, 2010

JOM perkasakan Pakatan Rakyat

Wa seronok baca tulisan ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, ketika semua bersiap siap menuju ke Hulu Selangor tempoh hari.

Khalid saran supaya Pas keluar pakatan kalau tak boleh bersama .

Khalid, lu kena ingat, lu kena fikir, sejarah tidak pernah terjadi dan tidak berlaku pas keluar mana-mana tahaluf yang dibuat. Lu jangan buat pandai-pandai cadang benda gila. Lu ingat semua, lu ingat masa sama BN ada pas keluar ke? sama angkatan Perpaduan Ummah bersama S46 ada pas keluar ke? sama BA , keADILan dan Dap ada pas keluar ke? lu lupa atau lu memang tak mau ingat. Lu sedap-sedap tuduh dan buat persepsi sendiri, tapi lu kena, bila ada orang hentam lu, lu mudah melenting, lu mudah hot... lu tak pandai cool.

Gua setuju dengan lu, kita mesti perkasa kan Pakatan, itu keputusan muktamar, wa caya, lu pun caya. Cuma lu kena fikir juga bila kita nak perkasa kan Pakatan, macamana dengan kompenan Pakatan itu sendiri ? Lu lihat kalau ada kompenan yang lemah kita kena sama-sama bantu perkasa kan kompenan dulu la. Lu lihat PKR, lu jangan buat tak nampak, lu jangan buat gila nak nafi bukan-bukan. PKR dilihat sangat lemah baik pengurusan dan kewajaan pimpinan samatelah lagi ahli dan penyokong. Satu-satu cabut, lompat, gugur , tumbang atau apa apa lah istilah lu mau guna. Lu katalah proses pembersihan ke apa ke, tapi ahli semakin surut.

Wa ingat lu sendiri pun boleh bantu, wa pakai lu punya cadangan lah. Kalau lu dah tak boleh bersama pas, lu boleh masuk tolong-tolong perkasakan PKr, lu otak geliga, lu mesti ada idea ma.

Lu masuk pkr, lu ajak sama aziz bari, bagi idea untuk perkasakan Pkr, kemudian kita sama-sama perkasakan Pakatan.

Lu jangan hot dengan wa, wa cuma tukang tampal poster Pkr di Kelumpang dan Kerliang di Hulu Selangor. Lu pimpinan hebat ma, lu patah sayap terbang jua. Lu jangan buat gila-gila mcm itu lah, org sibuk menuju HS tempoh hari lu sibuk sarankan Pas keluar Pakatan, isk bukanke kerja gila namanya tu. Atau lu memang sengaja buat gila-gila supaya lu diambil tindakan lagi lalu senang lu nak "lompat" sana demi memperkasakan sana yang sangat lemah longlai.

YB Khalid, lu hebat, masa di UK dulu pun lu memang wa dah nampak ada bakat pimpinan. Lu balik mesia, lu tak puas hati dengan Pas, lu tubuh parti Negara Islam Malaysia. Lu tak mau masuk pilihanraya, lu mau bikin rampas Malaysia mengikut acuan parti negara islam.

Wa yakin kalau lu menyebarangi pkr, nescaya pkr nanti akan gemilang, akan kuat dan perkasa.

Lu tunggu apa lag ? itu kan keputusan muktamar.

Ok wa chow dulu, wa nak hadir mesyuarat agong cabang Pkr, tolong ramaikan peserta, kalau masih tak cukup korum nanti wa boleh tolong jalan rumah ke rumah jemput ahli supaya datang mesyuarat Agong

Ok lu ? tunggu apa lagi? Jom Perkasakan Pakatan Rakyat.

Monday, April 19, 2010

PRK hulu Selangor : Gencatan Senjata : Ambil Nafas

Wa terima banyak pertanyaan dari pembaca yang berkunjung kenapa laman ini tidak diupdate, woii wa bukan malas, wa bukan dah habis gas, wa bukan dah sokong group usrah barbican...tidak...tidak...tidak...

Wa terima saranan BA ma, gencatan senjata...wa tarik nafas....Sekarang musim PRK wa rilex untuk lawan musuh dalaman, wa fokus pada PRK.

Dah hari-hari ulang alik rumh ke KKB, KKB ke rumah lawan BN lagi mau lawan musuh dalam ke...wa rehat sekejap untuk lawan lu.


Lu kena ingat lembu yang dikatakan bodoh tu, time dia berlaga pun dia tahu rehat sekejap, tarik nafas panjang dan kumpul tenaga, lepas tu terus berlaga dan lawan lagi....kalau lu tak faham pun paling kurang kalau lu tak boleh atasi lembu pun paling kurang lu sama macam lembu kira ok...bukan berlaga...berlaga...berlaga...lawan...lawan...lawan terus. kena stop juga.

Lu kena ingat kalau lepas PRK lu masih tak makan ubat wa balung lu kaw-kaw....

Lu tengok di KKB tempoh hari Khalid pun boleh jalang-jalang sama stopa ali...lu apa macam? wa tahu khalid tu ada gila-gila juga tapi lu ingat bila dia sudah ikut belakang stopa ali wa tak hentam dia, sorry kalau dia buat kerja gila , tak makan ubat wa hentam dia ...

Woi ... lu marah ke wa kata gila ? lu pun tau wa punya blog memang nama pun gila...kui...kui...kui...Wa fokus PRK lu Fokus PRK...kalau tak puas hati wa jumpa lu di padang dulu juga. Wa cow dulu AZK dah tunggu wa..ajak turun Kelumpang....lepas tu ke Kerling...jumpa disana.

Sunday, April 4, 2010

GILA ! GILA ! GILA!

Bila Berok kekoh tue....

Wa anggap dah kena...gila ...gila...gila....beruk gila dah terlepas. Itulah kehidupan beruk, bila tak cukup makan, maka di kekah (Makan) tuan.

Blogger giler kickdefilla memang dah jadi Beruk gila kekah tuan, siapa tuanya...lu semua tahu.

lu tau ka...masa dia masuk Kota Darul Naim ada seorang tua tarak senang dengan dia, tapi sape peduli? wa memang hangit dengan dengan mamat Azidi ni sejak dulu lagi. Wa tengok syaksiyyah dia hancur.

Seorang yang tak diketahui asal usul telah menyelinap masuk dalam seluar exco Kelantan. Bertugas di pejabat lain, tapi berada di Pejabat exco, kan gila namanya. Gaji pejabat lain yang bayar tapi kerja dengan exco sorang tu, tak ke gila namanya ? Gila...Gila...Gila..

Wa yakin, wa caya, wa sangat tahu , bukan itu sahaja yang terlepas ke tangan mamat Azidi, banyak lagi, penting lagi, malah lebih besar. Gila...Gila...Gila....

Wa juga tidak pelik benda - benda macam ini boleh terlepas, lu tau kenapa? haha ha....sebab mamak tu dah masuk dalam seluar, bila masuk dalam semua benda boleh selongkar...betul? tak percaya lu tunggu lah lepas ni mesti akan ada lagi.

Kalau wa cakap lagi, mungkin lu terkejut beruk, mungkin tidak, lu tau ka, suasana tenang dalam pemilihan pimpinan Pas pusat last years di Shah Alam jadi kalut habis ini kerja mamat Azidi , lu fikir. lu tenung sebelum ini sudah acap kali jawatan timbalan Presiden dipertandingkan cool je, tapi last years habis kalut, kecuh, duit pun keluar laju... wa respek sama abang Mat juga calon timbalan presiden, kalah juga tapi cool, tak guna blogger melawan arus. Gila....Gila....Gila....

Siapa rancangkan exco kelantan itu lawan timbalan Presiden, siapa susun strategi, itu mamat Azidilah mastermindnya. Lu tak caya....lu caya lah wa cakap. Mamat tu dah gila hangit, sudah hentam TGNA, exco tu sengeh semacam je.

Sekarang bukan rahsia, wa ingat itu exco kena batalkan status dokumen Post mortem Pas Kelantan 2004 itu bukan lagi bertaraf rahsia. Lu exco hebat, tidak lu exco cabuk....lu bela beruk terlepas akhirnya kekah tuan.

Beruk terlepas ini telah berjaya membiakkan virusnya kepada blogger celaka...( opss) blogger gila....kalau TGNA kata itu blogger celaka..celaka...celaka...wa pun mau sebut blogger gila...gila...gila....semua blogger yang wa sebut sebelum ini adalah yang terkena virus gila kickazidi. lu tak caya? terserah...wa tak paksa....

Ok virus ini terus merebak, berjangkit sehingga ke wan Ji, Wan Jo, TB, Greenbox, AT, Bakaq Beca, Fakaq dan beberapa bolgger yang virus hanya baru nak masuk.

Kali ini terus terang wa sebut lah senang, lu tak payah perah-perah otak dok fikiaq siapa-siapa dan kenapa... Sebabnya adalah semua blogger itu jadi gila!gila!gila!.

" Kerana Datuk Haji Husam bin Musa telah kalah ditangan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar PAS Pusat ke-55 di Stadium Melawat,i Shah Alam."

Kenapa begitu....kah..kah..kah... kerana hasil selidikan mereka Datuk Husan Boleh menang dengan undi yang tinggi.

Lu kena ingat, usaha ini bukan setakat menjatuhkan Timbalan Presiden, tetapi lebih jauh dari itu adalah Menggugurkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS. Lu caya lah......wa dah tembak peluru ni, wa ingat lu punya gila makin menjadi-jadi.

Lu mesti ingat, lu mesti Fikir wa pernah beberapa kali pesan sama lu dalam entry sebelum ini, " Kalau orang yang tidak jujur, ada niat jahat dengan Jamaah" lu tunggulah itu orang mesti gugur, Tuhan maha kuasa, tuhan maha kaya.

Lu hangin sama wa ? wa apa peduli, wa dah lama pendam... wa dah lama simpan...sekarang wa puasss...

Wa nak kasi tau sama lu : Ini Bukan Persepsi tapi ianya satu realiti

Hanya anda adalah blogger Gila!Gila!Gila!....