Isnin, 10 Mei 2010

Sebelum melangkah ke Putrajaya.

4 juta telah habis, usahakan sedang dilakukan sekarang untuk mengumpul 20 juta bagi mencapai cita-cita untuk menuju Putrajaya.

Maka berangan-anganlah para Mat Jenin untuk ke Putrajaya.Yang gilakan jawatan akan terbayang jawatan yang akan dimiliki, yang gila berniaga akan terbayanglah peluang-peluang perniagaan yang ditunggu selama ini.Pendek kata masing-masing akan menunggu dan mengharap Ghanimah rampasan perang.

Sebelum menuju Ke Putrajaya jangan habiskan duit Rm20 juta dulu, walaupun mungkin selepas ke Putrajaya akan datang pula beratus-ratus juta. kalau lah dengan wang kita mampu merobah dan merubah hati serta perasaan Manusia nescaya Allah akan memrintahkan manusia untuk berebut berebut mencari harta benda untuk tujuan itu.

Kalau lah duit 20 Juta itu mampu menuju Putra Jaya, apalah salahnya diambil sedikit untuk merubah dan merobah hati dan perasaan Ahli Parlimen Pasir Mas bersama kekal terus dengan PAS.

Kalau 20 juta itu mampu membuat apa saja, gunakan lah untuk mengawal hati hati ahli Parlimen yang melompat menyeberangi ke parti najis disana. Kerana apa ? nanti sudah cukup untuk berangkat ke Putrajaya sudah tiba masa dan ketika, ada pula yang tercicir lalu terlompat diperjalanan, seandainya rm20 juta masih boleh digunakan untuk membasni keciciran itu. Itu pun kalau dengan Rm20 juta mampu untuk menuju Putra jaya. Barng di ingat juga kalau lah dengan Juta-juta mampu segalanya maka sudah kerajaan pas kelantan sudah rebah selepas Pru 11 2004, kerana Bn telah menawarkan harga yang tinggi untuk membeli wakil rakyat pas ketika itu. Wang itu sememangnya alat, tapi wang jutaan itu bukan segalanya.

Teruskan " Road To Putrajaya"

1 ulasan:

  1. Dengan juta-juta itu juga umno beli saipool utuk tuduh DSAI liwat.

    BalasPadam