Setiap pimpinan ada jasanya pada PAS. Semua orang bergelar ahli atau simpatis ada jasa pada PAS.
Ir Khalid Samad dari tahun 1980an sehingga sekarang berjasa pada PAS. Dato Husam Musa sebagai EXCO lagi banyak berjasa pada PAS. Begitu juga para blogger seperti alhusseyn51 atau GB. Jasa mereka sangat banyak dan tidak dapat dinafikan.
Saya tidak risau dengan aduan Tulang Besi. Dia ada bukti dan fakta. Yang bersalah tetap bersalah, tak kira sama ada dia Timbalan Presiden, PJ atau para tuan guru dalam PAS. Cuma saya risau kita tak hormat pimpinan dan menggunakan pendekatan yang salah.
Adakah kita nak glamour atau nama kita disebut orang?. Saya tak tahu apa tujuan tulisan alhuseyn51. Nak pahala atau dosa. Nak menyatupadukan parti atau nak pecahkan parti?. Berfaedah atau tidak?
Kalau nak ikut anti, saya pun anti dengan UG. Jika ada UG, saya tak pangkah PAS dah. Bahkan idea bersatu dalam PR pun saya tidak setuju, tapi saya pangkah PAS. Anwar PKR pun saya tidak setuju berbanding Anwar ABIM, saya tetap sokong PR.
Bagi saya, blogger tahap ‘menatang’ ini mengalami fenomena pandirisme. Rasa diri lebih hebat, pandai, berkemampuan. Tapi sebaliknya. Akibat rasa gah dan ego pada diri, Pak Pandir memperbodohkan diri sendiri.
Selidik betul2 dan jangan menfitnah. Tak perlu menghina.
Kita melihat betapa hina blogger yang konon menyayangi TGNA dan menyokong EGM akhirnya menghentam TGNA dan menantu. adakah kamu mengamal kasih sayang terhadap pimpinan?.. Kamu nak nafsu kamu yang disangka betul sahaja. Lihat kebijaksanaan TGNA, akhir Arif pergi jua. Ni tidak, blogger tahap ‘menatang’ berlebihan mengkritik..tak ikut prosedur..
Perindu syahid dah senyap, kickdefella tidak terlayan, al Bakistani-insaf tak insaf, bongkar sauh masih nak tunjuk hero. GB, alhusseyn51 dan beberapa kerat lagi masih memandirkan diri.
Bila nasihat... kamu pro UG. Pro TGHH. Pro muzakarah.. Nasihat ini datang orang anti bersatu dengan UMNO dan pro Islam serta menghormati tuan guru dan ulama.
Wahai pak pandir sekalian, Imam Hasan al hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwan seperti Sayyid Sabiq, Muhammad al Ghazali; ‘mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama. Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi’.
Akurlah bahawa Presiden pilihan muktamar. Muktmar Kuasa tertinggi dalam parti. Jika tak puas hati sila lawan dalam muktamar pemilihan. Jika kalian kalah, akur. Tak nak akur, sila keluar parti atau berehat sementara...
jangan jadi pak pandir.... "
Si alhussein51 semenjak dua menjak ni dah mula BENGONG!. Menjatuhkan harga diri sama taraf taik macam adukataruna yang gila tu..
ReplyDeletehaiya ucen, gua talak sangup cakap itu macam sama tuan gulu, gua ada holomat! Lu apa macam? lagi manyak kinal dari gua! haiya!Sikalang lu sudah mahu jadi macam itu geng2 olang gile, geng bilok gile....bilok cilaka punye ka?
ReplyDeletesyabas admin... bagi nasihat sikit kat geng2 pak pandir ni... dia orang ni kadang2 macam syok sendiri, macam bagus, buat fitnah dan takabur tanpa sedar agaknya... ada dah jadi ahli nujum, buat ramalan itu ini, tak boleh di tegur...memang gila arr dia orang nih!!!
ReplyDeletegosip terkini TGNA & SPRM takde yg ulas ...
ReplyDelete