Monday, November 30, 2009

Membongkar Perancangan Halus Prof Dr. Aziz Bari

(Tulisan ini dipetik dari TKO dan telah dipadamkan selepas beberapa minit diterbitkan, kumpulan kami sempat mengcopy dan mengpastenya disini untuk memastikan pembaca dapat juga menghayati tulisan tersebut- MOG)


Oleh: orgkita

Hubungan Anwar Ibrahim dan Aziz Bari bukanlah rahsia bagi pengikut gerakan Islam pada tahun 1970-an. Hubungan mereka bermula ketika Anwar Ibrahim berjawatan Presiden Abim lagi dan dimana pada ketika itu Aziz Bari sebagai presiden PKPIM(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan secara kebetulan kader liberal Anwar bernama Khalid Jaafar juga menjawat jawatan timbalan presiden PKPIM.

Hubungan ABIM dan PKPIM pada ketika itu ibarat abang dan adik ini dibuktikan banyak kerjasama diadakan melibatkan 2 persatuan ini pada ketika itu.Begitu juga dengan pemimpin mereka, hubungan Anwar Ibrahim dengan Aziz Bari dan Khalid Jaafar dikatakan terlalu rapat.

Hubungan rapat ini diteruskan dengan Khalid Jaafar dilantik selaku Pengarah IKD. Institut mewah kelolaan Anwar yang bermodus operandi Islam Liberal pada masa kini dan mendapat tajaan oleh yayasan Kristian Jerman bernama KAF (Konrad Adenuear Foundation) pertubuhan yang mendapat suntikan dana daripada George Soros dan AJC (American Jewish Committeee). Aziz Bari juga telah mendapat royalti RM20,000 daripada IKD pada beberapa tahun lepas hasil jualan buku 'Politik Perlembagaan : Satu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang'.

Situasi ini jelas menunjukkan hubungan rapat Anwar,Aziz Bari dan Khalid Jaafar pada masa kini. Jika difikirkan royalti RM20,000 amat berlebihan dibandingkan dengan jualan buku Aziz Bari itu yang tidak memberansangkan.
Adakah ini dijadikan sebagai alasan untuk IKD menyuntik dana kepada Aziz Bari?
Kedua,adakah Aziz Bari juga adalah pembawa mesej Islam Liberal dengan kaitan rapatnya dengan IKD?

Hubungan rapat mereka bertiga inilah yang tidak mengejutkan apabila Aziz Bari mengeluarkan bermacam-macam kenyataan menggesa beberapa individu disingkirkan daripada PAS.

Kerana apa? kenyataan-kenyataan ini semua adalah arahan daripada abang kesayangan beliau Anwar Ibrahim. Semuanya bermula daripada panggilan telefon Anwar kepada Aziz Bari selepas kekalahan PAS di Bagan Pinang yang disebabkan campur tangan Anwar dalam pemilihan calon PAS di pilihanraya kecil itu.

Dalam perbualan telefon itu Anwar menceritakan kepada Aziz Bari bahawa beliau kini sedang ketakutan melihat PAS kini lebih terbuka untuk berkerjasama dengan semua pihak dan Anwar takut PAS akan beralih arah dalam suasana PKR bercelaru dengan keluar dan lompatnya beberapa YB dan pimpinan semua peringkat. Menurut Anwar lagi, beliau takut kehilangan bantuan jentera PAS yang banyak membantu PKR dalam Komplot Pembangkang. Tanpa PAS, PKR akan lemah kerana PKR tiada kemampuan dalam menggerakkan jentera operasi pilihanraya dan jentera parti.

Beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini juga melihat bertapa PKR itu sendiri semakin lemah, dengan keluarnya beberapa orang Adun PKR dari parti serta perletakan jawatan beberapa pimpinan disemua peringkat serta berduyun-duyun meninggalkan PKR kredibiliti PKR malah Anwar Ibrahim itu sendiri menjadi semakin hilang dan jauh ditinggalkan arus politik semasa Tanah Air ini.

Justeru itu Anwar telah menggesa Aziz Bari mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggesa PAS supaya menyingkirkan individu-individu yang semakin hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim dan mula nampak kelicikan permainan politik Anwar Ibrahim seperti Haji Abdul Hadi, Ustaz Nasa,Mustapha Ali serta Hassan Ali.

Penyingkiran mereka-mereka ini akan dapat memudahkan Anwar Ibrahim menguasai PAS dan terus menggunakan PAS untuk kepentingan PKR serta survival politik beliau sendiri.Di samping itu Anwar ingin membersihkan imej beliau yang menjadi punca kekalahan PAS di Bagan Pinang dengan meletakkan kesalahan itu kepada individu-individu tadi.


Aziz Bari yang jelas kasihan kepada Anwar menuruti segala kehendak Anwar dan menjadi boneka Anwar untuk melemahkan PAS.Justeru itu segala macam kenyataan dikeluarkan oleh Aziz Bari pada kebelakangan ini atas dasar dan matlamat menyingkirkan pemimpin PAS yang tidak pro Anwar Ibrahim sekali gus berhasrat melenyapkan kelemahan beliau dan PKR itu sendiri dengan harapan untuk menjadi kuasa dominan didalam PR.

Sudah jelas lagi bersuluh kaitan Anwar dengan Aziz Bari.

Itu lah penjelasan saya.
Mohon mencadang.

19 comments :

  1. betul ke tulisan ini? nak kepastian

    ReplyDelete
  2. sekadar menambah dosa si penulisnya dan si penyebarnya....

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn Tanpa Nama 06:48
    Tak dr bukti... jadi ia lebih bersifat fitnah.

    ReplyDelete
  4. Macamana pula dengan tulisan Aziz Bari kepada Presiden PAS, semua betul dan dapat pahala ke+

    ReplyDelete
  5. Aziz Bari tak tuduh, tapi persepsi dari orangramai. Beliau membuat kenyataan secara umum menyatakan bahawa Hadi dilihat sebagai berperwatakan Abdullah.

    Sila tengok penggunaan "dilihat". Ia satu persepsi. Bukan fitnah, kebetulan memang ada gambar Hadi tidur serupa macam Pak lah tido.

    http://3.bp.blogspot.com/_Az7aX_dORNk/SXNZ7mIPmZI/AAAAAAAADj0/yacgFxIkg-g/s200/hadi+awang+tidur.JPG

    ReplyDelete
  6. terkutuk sgt kepada orang yg menaburkan fitnah!

    ReplyDelete
  7. golongan jemaah terengganu dah desperado. tghh dah nak tumbang.

    disokong macamana pun oleh pas terengganu, tghh dalam perjalanan menjadi seorang legenda.

    ReplyDelete
  8. tertidur/terlelap seorang yg sedang berjihad dijalan Allah lebih mulia dari sedekah 40 ekor unta

    ReplyDelete
  9. saya dah agak, memang ini kerja aziz barua.....masih dok jilat anwar macam dolu2.

    ReplyDelete
  10. persepsi sekarang ialah aziz bari adalah balaci anwar nak tengok PAS tak kuat kerana sibuk dok betelagah sesama sendiri.

    persepsi sekarang ialah aziz bari memang agen Anwar mcm dia kata sesetengah pimpinan PAs agen umno.

    sapa tolak persepsi adalah primitif!

    ReplyDelete
  11. terus2kanlah memfitnah wahai puak UG. depserate sungguh kamu skrg ni bila TGHH dah nak tumbang

    ReplyDelete
  12. akhirnya tahulah kita bahawa songkokputih kini menggunakankan nickname batu-api untuk menegakkan dan memperjuangkan idea UG serta menentang TGNA.

    ReplyDelete
  13. aik kenapa anda semua suka guna tanpa nama?
    tak ada ic ke? tak ada surat beranak ke? masa lahir tak daftar nama ke?
    Atau pendatang Asing???

    ReplyDelete
  14. tanpa nama lebih baik dari nama-nama hantu yg menggunakan byk nickname dan topeng utk menipu ...

    ReplyDelete
  15. Macamana nak daftar nama mak bapak tak de surat nikah

    ReplyDelete
  16. yang mak bapak ada surat nikah plak ada bini dijadikan pelacur, keluarlah nama yg berbagai2. sampai bini dah mati pun x sedar diri

    ReplyDelete
  17. siapa yg bininya pelacur tu anon?
    sp ke? kahkahkah

    ReplyDelete
  18. ooh kalau cam tu baik kita tukar sahaja tajuk artikel ni : membongkar perancangan halus wm tko songkok putih

    ReplyDelete